Ujian Nasional

Pertanyaan

Peristiwa nilai kemanusiaan dalam novel justeru impian di jaring

1 Jawaban

  • Masyarakat yang berani untuk mengemukakan pendapat. Contohnya, Syahir berani mengemukakan pendapat tentang tindakan pihak PBSM yang tidak menggunakan sistem ranking dunia untuk menentukan kelayakan ke kejohanan antarabangsa di Jakarta sebaliknya bergantung pada keputusan kejohanan Terbuka Johor.

    Masyarakat yang mengamalkan sikap kasih sayang dalam kehidupan. Contohnya, Kak Uda Syahrizah sanggup mengambil cuti kerana mahu menjaga emaknya yang sedang sakit akibat menghidap strok.

    Masyarakat yang simpati terhadap nasib orang lain. Contohnya, Syahir berasa simpati akan nasib rakyat Palestin yang ditindas oleh Amerika dan sekutunya, Israel di tanah air mereka sendiri.

    Masyarakat yang pilih kasih. Contohnya, Engku Aiman sering menyebelahi Syed Amiri yang dianggap sebagai anak emas dalam apa-apa jua tindakan.

Pertanyaan Lainnya